200 Wanita Hadir EDRT 2018 Ambil Tindakan Ubah Ekonomi Rumahtangga

Kongsikan Artikel Ini

Buat julung kalinya, Love Connections Sdn Bhd, di bawah jenama Ellsee telah menganjurkan Ellsee December Road Tour (EDRT). Seminar berimpak tinggi ini berlangsung di lima lokasi terpilih iaitu Alor Setar, Sungai Petani, Johor Bahru, Putrajaya dan Kuala Terengganu.

Sesuai dengan salah satu daripada empat misi utama Ellsee iaitu membantu wanita Malaysia menjana pendapatan tinggi, seluruh teraju utama Ellsee turun padang dan bertemu sendiri dengan semua wanita yang ingin mengubah corak pendapatan masing-masing.

“Inilah tanggungjawab HQ Ellsee iaitu membantu wanita jana pendapatan mereka. Berulang kali memang kami tekankan misi ini. Kami ingin mendekati orang ramai dan bercerita dengan mereka secara bersemuka. Bila jumpa face to face lain rasanya. Sebab itu saya dan team BOD turun padang membantu leader-leader Ellsee yang ada di setiap lokasi,” kata Pengarah Urusan Ellsee, Puan Sheda Said memulakan bicara.

 

Lahirkan Jutawan

EDRT adalah kesinambungan daripada sistem baru dalam Ellsee iaitu Ellsee Million Dollar Club (myEMDC). Ellsee tidak pernah menjanjikan untuk melahirkan jutawan segera. Sebaliknya jutawan-jutawan baru bakal dilahirkan dengan adanya usaha, tindakan dan sustainability.

“Ellsee boleh dikatakan baru kerana kami bermula pada tahun 2016. Namun kami ingin pergi jauh dan pantas. Misalnya baru-baru ini iaitu pada Oktober 2018, kami sudah melepasi pasaran United Kingdom. Ini satu yang membanggakan. Jadi leader-leader juga harus cepat besarkan team. Inilah tujuannya kami buat EDRT iaitu untuk beri ilmu dan tunjuk kepada leader cara betul untuk membina team,” tambah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ellsee, Puan Puspa Deraman.

Serampang Dua Mata

Di samping bertemu dengan wanita yang ingin mengubah ekonomi rumahtangga, EDRT juga dianjurkan dengan tujuan memberikan ilmu khas kepada leader Ellsee. Latihan ini dinamakan PT Training. Leader Ellsee dipanggil sebagai Premier Team (PT).

“Selama ini, semua latihan untuk leader diberikan dalam bentuk online melalui aplikasi Telegram. Ada yang boleh disampaikan. Namun ada yang kurang sampai impaknya kerana perlu disampaikan secara face to face. Jadi selain membantu wanita yang ingin mengubah ekonomi rumahtangga, EDRT juga bertujuan memberikan latihan lebih jitu untuk semua leader yang hadir,” ujar Puan Sheda.

Testimoni Leader Berjaya

Atas usaha yang ditunjukkan oleh BOD, syarikat ingin lebih ramai leader bergiat lebih gigih dengan membawa lebih ramai wanita yang ingin mengubah ekonomi mereka. Hal ini membantu syarikat untuk mencapai misi yang diuar-uarkan.

“Kami sudah ada testimoni daripada kalangan leader terdahulu yang kini menjana pendapatan lumayan. Jadi apabila ada yang sudah berjaya, kami rasa gembira. Kami ingin lebih ramai yang berjaya dan menunjukkan potensi besar dalam Ellsee,” tambah Puan Puspa.

Formula Sukses

Ellsee bukan setakat sembang. Namun Ellsee sudah menunjukkan kejayaan yang terbukti (proven). Produk Ellsee adalah malar hijau (evergreen). Produk tidak bermusim dan senang dijual. Malah bakal ada produk-produk baru yang juga menarik dan senang jual.

“Jadi kepada sesiapa yang ingin ubah ekonomi rumahtangga, kami alu-alukan anda untuk bersama team Ellsee. Boleh hubungi mana-mana leader untuk pendaftaran. Sama-sama kita jana pendapatan dan capai impian. Tiada siapa yang boleh ubah diri anda selain anda sendiri. Mulakan dengan tindakan,” kata Puan Puspa menutup bicara.

Turut hadir pada sesi EDRT ialah Eksekutif Kewangan dan Sumber Manusia, Puan Wan Nooraisyah Meor Sharzaman dan Pengurus Pemasaran, Ustaz Aznil Zulkifli.

Sekitar kemeriahan EDRT

 

Info EDRT 2018
7 Disember 2018 – Alor Setar
8 Disember 2018 – Sungai Petani
14 Disember 2018 – Johor Bahru
15 Disember 2018 – Putrajaya
22 Disember 2018 – Kuala Terengganu


Kongsikan Artikel Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.