5 Tip Elak Sembelit

Kongsikan Artikel Ini

Ramai antara kita tak sedar bahawa masalah sembelit berkait rapat dengan gaya hidup, kerana ia sebenarnya ditentukan oleh makanan yang anda makan, senaman yang anda lakukan, dan juga tahap tekanan dalam kehidupan seharian anda.  Tak sangka kan? Stress pun jadi punca kita sembelit.

Tahukah anda bahawa sistem pencernaan berkait rapat dengan semua sistem badan yang lain – ini termasuk sistem saraf, endokrin dan sistem imun. Adakah anda tahu bahawa pencernaan sebenarnya bermula di dalam otak?

Hipotalamus, yang terlibat dalam proses metabolik, merangsang selera makan. Apabila anda makan, otak anda memutuskan bagaimana anda akan mencerna makanan itu – ia akan bertindak balas dengan mudah atau sukar, bergantung kepada kesihatan organ anda dan keadaan minda anda. Baru ku tahu, nak makan pun guna otak okey.

Terdapat beberapa tip untuk mengelakkan masalah sembelit dan melancarkan system penghadaman anda akan dikongsikan dalam artikel ini.

5 TIP ELAK SEMBELIT

  • Kunyah dalam tempoh yang lama. Rasulullah swt pun menyarankan kita untuk kunyah sebanyak 44 kali. Semakin hancur makanan itu semakin senang system penghadaman melakukan kerjanya. Otak kita juga memerlukan masa untuk memberi tanda yang ada makanan yang perlu dicernakan. Jadi kunyah sehingga hancur!
  • Perbanyakkan minum air. Ini dapat membantu proses system penghadaman berlaku dengan lebih mudah.
  • Senaman ringan – dengan menggerakkan tubuh badan samada melalui senaman jalan kaki, jogging atau yoga menyebabkan makanan bergerak melalui sistem pencernaan. Senaman meningkatkan aliran darah ke dalam organ dan melibatkan otot dalam saluran GI.
  • Kurangkan stress/ tekanan. Perasaan tertekan atau bimbang akan menggangu system pencernaan anda kerana otak dan system pencernaan berhubung antara satu sama lain. Tekanan boleh menjurus kepada masalah pencernaan seperti IBS dan ulcer.
  • Makan makanan kaya probiotik. Probiotik ialah bakteria baik yang sering bersaing dengn bakteria buruk, menggalakkan pembebasan antibodi secara semulajadi dalam saluran pencernaan dan juga menyerang bakteria jahat. Contoh makanaan yang kaya probiotik ialah yogurt, kimchi, buah tin.Peyelidikan telah mendapati bahawa probiotik boleh meredakan sindrom usus.

Kenali Penulis : Farah Hani


Kongsikan Artikel Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.