Elak Kulit Perut Merekah. Petua Mak-Mak Dulu VS Teknik Moden. Mana Satu Pilihan Anda?

Kongsikan Artikel Ini

Masih ingat lagi tak dulu-dulu, masa mak kita berpantang lepas melahirkan adik-adik kita? Mak selalu je ada buat sesuatu di dapur. Potong itu, perah ini, rebus itu, bakar ini. Bila ditanya, nak buat apa tu mak? Katanya nak letak kat perut untuk biarkan kulit perut kembali cantik, tak merekah. Tak pun untuk tepek di dahi.

Haruman limau, bau kapur dan bau jamu memenuhi segenap ruang di rumah. Memang sah ada orang bersalin di rumah tu berdasarkan pada bau-bau yang wujud daripada pelbagai bahan kat dapur. Itu belum masuk lagi kalau nenek datang ke rumah. Nenek akan rebuskan akar-akar kayu untuk dibuat minum sebagai jamu. Makin kuat bau kat dalam rumah.

Berbalik pada bab kulit perut merekah, memang ada beberapa petua yang diamalkan. Kebanyakannya menggunakan bahan asas yang ada di dapur sahaja. Mudah didapatilah bahan-bahan ni.

Petua Mak-Mak Dulu

 

Gunakan Minyak Zaitun

Ambil sedikit minyak zaitun. Tuangkan di tapak tangan. Sapu minyak zaitun pada perut. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Perahan Air Limau Nipis

Ambil sebiji atau dua biji limau nipis. Belah dua limau tersebut. Ambil sesudu kecil kapur sirih dan letak dalam piring kecil. Kemudian perah limau nipis ke atas kapur sirih. Bancuh sehingga sebati. Sapukan ke perut. Balut dengan bengkung. Diamalkan selepas mandi pagi.

Air Asam Dan Kapur Sirih

Ambil sedikit asam jawa, campurkan dengan sedikit air. Ramas asam jawa itu biar keluar asamnya. Campurkan dengan kapur sirih. Gaul sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.

Rebusan Asam Gelugur

Rebus asam gelugur bersama garam. Kemudian ambil asam gelugur tadi dan perap di atas perut. Balut dengan bengkung.

Kapur Sirih dan Minyak Kayu Putih

Ambil satu sudu kapur sirih, titiskan dengan minyak kayu putih. Masukkan satu sudu besar air perahan limau nipis. Sapu pada perut selepas mandi.

 

 

Teknik Moden

 

Kini segala benda sudah dimudahkan. Walaupun moden namun khasiatnya tetap sama. Lebih terjamin kebersihannya. Malah mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Masalah kulit perut merekah akibat mengandung sebenarnya boleh dielakkan. Caranya ialah sapu Stretch Mark Double Action Lotion sejak awal kehamilan. Jadi, perut anda tidak akan mengalami masalah kulit merekah pun. Perut tetap cantik. Hanya semakin membesar sahaja.

Setiap kali selepas mandi, sapukan losyen ini.

 

Antara manfaat anda menyapu losyen ini ke kulit perut ialah:
➜ Menghaluskan kulit
➜ Membantu mengurangkan masalah stretch mark di perut ibu hamil
➜ Membantu memulihkan rekahan di tapak kaki
➜ Melembapkan kulit
➜ Membaiki sel-sel kulit mati
➜ Membantu menghilangkan parut
➜ Mencerahkan kulit yang hitam di celah-celah (paha atau ketiak)

Paling best, losyen ini ada ciri-ciri tersebut yang pasti buat anda suka:
✔ Tidak berminyak
✔ Berbau wangi. Inspirasi bau Gucci. Wanginya tahan lama pula tu.
✔ Cepat meresap
✔ Sejuk apabila sapu di kulit
✔ Tiada paraben
✔ Ada kelulusan KKM. No NOT160105368K

 

 

Jadi, anda tidak perlulah merebus, menggaul, memerah limau atau membancuh kapur sirih lagi. Bukan apa, bila dalam pantang, anda perlukan rehat. Orang yang menjaga kita pun bukannya 24 jam dengan kita. Betul tak? Apabila ada sesuatu yang memudahkan, lebih baiklah kita rebut peluang tu.

Lagipun, beli losyen ini anda lebih jimat. Boleh guna sejak dari mengandung sampailah anda dalam pantang. Tak membazir. Serba guna tau!

Nak tahu lebih lanjut? Klik sini Angels Maryam


Kongsikan Artikel Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.