Ibu Dalam Pantang. Tolong Peka Kategori Makanan Ini Kalau Nak Cepat Sihat

Kongsikan Artikel Ini

Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin, soal pemakanan adalah salah satu perkara yang perlu anda beri perhatian. Jangan main makan ikut sedap tekak sahaja sebab hal ini boleh memberi kesan kepada kesihatan anda.

Antara perkara yang anda perlu elakkan ialah makanan yang pedas, gatal dan sejuk. Elok makan makanan yang berkhasiat mengikut kategori makanan berikut.

 

Protein

Galakkan pengambilan sumber protein daripada ayam dan daging (elakkan bahagian berlemak), ikan segar dan tidak gatal seperti ikan haruan, sardin, bilis, tenggiri, merah, senangin, salmon  dan selar.

Elakkan pengambilan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk. Ikan ini jika dimakan oleh ibu berpantang boleh menyebabkan reaksi alahan dan boleh bentan di pintu rahim.

Sayuran

Boleh amalkan makanan untuk menambah susu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar seperti cekur manis, sawi, lobak putih, lobak merah, peria, pegaga dan brokoli. Sekiranya diambil secara kerap, ia juga membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.

Buah-buahan

Makan buahan dengan warna yang terang seperti anggur, betik dan blueberries. Semua ini mengandungi kandungan antioksidan yang paling tinggi atau oren – mengandungi vitamin C yang tinggi.

Buahan lain yang boleh diambil seperti kurma, epal merah, kismis, dan prune.Selain makanan herba, sayuran dan buah-buahan untuk mengembalikan tenaga tubuh, anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga.

Ulam

Antara sumber ulaman yang boleh diambil termasuklah Halia, Serai, Lengkuas, Pegaga, Mengkudu, Ulam Raja, Lempuyang, Jantung Pisang , Daun / Ubi Cekur, Bunga Kantan, Kunyit Hidup, Daun Bebuas

Pengambilan Halia dan Kunyit juga digalakkan, namun jika bayi anda kuning. Kurangkan pengambilan Halia dan Kunyit kerana bimbang bacaan darahnya tidak turun akibat kandungan kunyit yang tinggi dalam susu ibu.

Tolong Elakkan

  • Makanan menjalar, angin dan sejuk. Misalnya kangkung, timun, petai, sayur keladi, bayam, kacang panjang, petola, semua jenis ubi dan rebung. Boleh mengakibatkan sakit tulang, sejuk otot dan lemah sendi.
  • Minuman seperti tebu, cincau, kelapa muda kerana sejuk dan tajam.
  • Buah tembikai, jambu, nanas, pisang, cempedak, manggis dan langsat.
  • Nasi sejuk atau nasi semalam yang telah dipanaskan.
  • Sosej, telur, tempe, burger, nuget, bihun, mi, kuetiau dan laksa.

Semoga menjadi manfaat kepada ibu semua

Artikel Berkaitan


Kongsikan Artikel Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.