Kriteria Pengasuh Sebelum Menghantar Anak Kepada Mereka.

Kongsikan Artikel Ini

Sebagai ibu bapa yang bekerja, anak-anak mestilah di hantar ke rumah pengasuh/pusat-pusat jagaan kanak-kanak. Justeru itu apa kriteria seorang pengasuh yang perlu ibu bapa tekankan sebelum menghantar anak kepada mereka.

 

Sejak dua menjak ni asyik terdengar dan terbaca status tergempar tentang pengasuh yang mendera, membuli, marah dengan kasar, bertindak di luar kawalan anak asuhan hingga menyebabkan kematian bila hantar ke nurseri.

 

Hiba saja pagi ini, dunia juga meraikan pemergian bayi comel. Apalah perasaan ibu Ayah nya bila bangun tidur, tiada lagi tangisan mengejutkan malamnya, tiada lagi rengekan minta dimanjakan, tiada lagi gelak tawa yang ceriakan suasana.

 

Hanya baju dan mainan yang tinggal sebagai kenangan, hanya doa dan Al-Fatihah sebagai pengubat rindu bila air mata bergelinangan. Tak dapat ku bayangkan.

 

Meninggalkan anak pada pengasuh satu perkara yang sulit untuk ibu bapa lakukan zaman ni kerana terlalu banyak kes kematian bila di hantar pengasuh.

 

Di sini penulis kongsikan 9 tips untuk ibu bapa sebelum menghantar anak pada pengasuh.

 

1. Bertanya dahulu kepada mereka yang rapat.

Cuba bertanyakan pada orang yang kita percayai seperti emak, sedara mara, jiran tetangga, atau kawan rapat yang boleh jagakan anak kita.

 

Jika betul-betul tiada sedara mara dan kawan rapat yang dapat jagakan baru cari pengasuh.

 

2. Selidik maklumat pengasuh daripada kawan-kawan

Tanya kawan-kawan yang hantar anak ke nurseri juga, dapatkan maklumat secara details tentang pengasuh dan minta pendapat .

 

3. Luangkan masa melihat keadaan sekeliling tempat pengasuh

Firstly, Luangkan masa 1 hari untuk memantau tempat bakal anak diasuh, di dalam dan di luar samaada ada benda menbahaya ke tak, bucu meja dipastikan bertutup, segala permainan, peralatan dan tiada benda tajam yang boleh membahayakan kondisi anak.

 

4 . Cari maklumat lengkap tentang pengasuh

Selidik tentang latar belakang pengasuh, nama penuh, alamat, samaada normal atau ada masalah sakit mental. Stalk facebook atau instagramnya jika ada.

 

5. Suai-kenal bersama pengasuh

Sesi perkenalan bila jumpa depan-depan, berapa lama pengalaman mengasuh, apa rutin aktiviti harian anak-anak, makanan apa yang beri pada anak.

 

6. Ambil tahu bilangan anak-anak di bawah jagaan pengasuh

Lihat kapasiti setiap pengasuh boleh jaga berapa anak setiap pengasuh, berapa orang anak kandung, masih kecil atau dan bersekolah.

 

7. Ambil maklumat daripada jiran pengasuh

Cuba ajak membawang dengan jiran sebelah, bertanyakan tentang pengasuh, samada ada berlaku penderaan dan penzaliman atau tidak.

 

Okay bila Semua maklumat dah dapat, pilih tempat asuhan mana yang terbaik.

 

8.Berkenalan dengan semua ibu bapa anak-anak di situ

Minta nombor dan bertanya pada ibu bapa yang pernah hantar anak disitu. Minta no banyak-banyak supaya kita betul puas hati.

 

Nah, bila dah minta testimoni dan rasa anak akan selamat di nurseri tu, baru tempatkan anak anda.

 

9. Atur masa untuk memantau emosi anak-anak

Ikut naluri keibuan yang kita ada tempatkan anak nurseri yang terbaik, untuk permulaan jangan ambil full-day, pertama kali buat half-day selama seminggu, lihat perkembangan anak, makin ceria atau muram dan seram bila dihantar kembali ke nurseri.

 

Dalam bab anak ibu bapa memang perlu memilih dan tegas tentang keselamatan anak. Anak ni amanah, jika dizalimi oleh pengasuh durjana, anak ni tiada galang gantinya.

 

Duit dan harta boleh dicari, tapi anak tak boleh diganti. Semoga perkongsian daripada Noor Anis Athirah Binti Hakim dapat memberi idea dan gambaran buat anda yang sedang mencari pengasuh terbaik buat anak-anak.

 


Kongsikan Artikel Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.