Manjakan Diri Lepas Bersalin. Badan Nak Pakai Lama, Dik!

Kongsikan Artikel Ini

Wanita ialah ciptaan ALLAH yang sungguh istimewa. Dalam kelembutan ada kekuatan wanita yang boleh kita lihat. Terserlah kekuatan wanita kala melahirkan sama ada secara normal mahupun pembedahan. Mereka mampu melalui proses yang sangat menyakitkan, memeritkan, menyeksakan, memenatkan. Sikit pun tak melemahkan demi melihat kegembiraan pada wajah pasangan.

Selepas melalui proses pergelutan dalam melahirkan yang membuatkan nyawa seperti telur di hujung tanduk, tibalah masa untuk wanita memberi penghargaan pada diri sendiri. Badan nak pakai lama dik!

Jangan Kedekut Keluar Bajet

Kalau pada waktu biasa mungkin ada yang rasa ‘sayang’ nak keluarkan duit untuk manjakan diri kerana rasa tak perlu sangat. Badan masih sihat. Tapi lepas bersalin badan rasa sangat lemah dan perlukan penjagaan rapi.

Jika ada duit sendiri, bolehlah guna duit sendiri. Boleh juga minta daripada suami. Kita mengandung dan bersalin pun atas sebab bersama-sama kan? Jadi, suami silalah peruntukan bajet untuk isteri anda.

Berurut

Orang bersalin perlu dapatkan khidmat tukang urut. Jangan lupa, sila dapatkan khidmat urut daripada mereka yang betul-betul diyakini kebolehannya. Berurut dapat membantu melegakan kembali urat-urat yang tegang punca badan jadi sakit selepas melahirkan.

Mandi Herba

Mandi herba pula dapat menyegarkan badan yang lemah dan lesu.
Herba mempunyai banyak manfaat secara semula jadi untuk memulihkan masalah dalaman wanita. Jadi, wanita yang baru lepas bersalin sangat sesuai untuk mandi herba.

EKSTRA

Ibu-ibu berpantang disaran mendapatkan rangkaian produk Ellsee untuk penjagaan dalaman dan luaran.

Jamu moden Postmama – Kandungan 17 jenis herba dan makanan sunnah dapat mengembalikan tenaga dan kesihatan dalaman.

Care Lotion – Sapu CareLotion sebagai pengganti param dan pilis untuk membantu memulihkan badan secara luaran.

Rich Oudh – Gunakan mandian Rich Oudh yang diperkaya dengan kandungan gaharu untuk kembalikan kesegaran badan. Gaharu sangat membantu menguatkan sistem dalaman ibu berpantang daripada sebarang gangguan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Sharifah Munawir Binti Md Isa

Artikel Berkaitan


Kongsikan Artikel Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.