Nak Meroket Jangan Bisnes Sorang-Sorang, Ini 3 Sebab Kena Ada Team

Kongsikan Artikel Ini

 

Cik Yam join Ellsee pada Januari 2018. Setahun bersama Ellsee, apa yang Cik Yam nampak adalah kita kena bisnes dengan adanya team. Tak boleh buat bisnes sorang-sorang. Team akan memudahkan kita dan kita sama-sama meraih kejayaan. Dengar macam poyo kan? Tapi percayalah statement Cik Yam ni ada betulnya.

Cik Yam tak nak cakap banyak. Kat sini Cik Yam nak senaraikan 3 sebab je kenapa kita tak boleh bisnes sorang-sorang. Korang akan nampak jelas kenapa korang tak boleh ke mana-mana kalau buat bisnes sorang-sorang. Korang kena ada networking yang utuh dan kukuh untuk kekal maju dalam bisnes.

 

1) KALAU BUNTU, ADA BAHU TEMPAT MENGADU

Sebagai manusia, latar belakang kita berbeza-beza. Ada yang suri rumah, ada yang bekerja. Jadi masing-masing ada rutin dan masalah masing-masing. So, kita takkan lari daripada masalah. Misalnya masalah dengan boifren, masalah dengan suami, masalah dengan anak yang semakin meningkat remaja, masalah di tempat kerja. Benda-benda ni semua boleh buat kita hilang fokus dalam bisnes.

Itu belum masuk lagi perubahan hormon seseorang wanita. Tiap bulan nak datang bendera merah. Mood swing sana, swing sini. Kan?

Benda-benda ni semua membuatkan kita perlukan team. Tak boleh buat sorang-sorang. Cik Yam bagi contoh bukak booth. Sekarang team Cik Yam yang asalnya hanya fokus pada online dah mula mengorak langkah kepada offline pula. Salah satunya adalah kami bukak booth.

Bagusnya ada team, bila salah seorang ada masalah pada hari kejadian, misalnya period pain, ada masalah kejiwaan ke, atau ada apa-apa saja hal berbangkit, akan ada team yang gantikan bukak booth di lokasi. So takdelah booth tu tak dibukak dan kastemer tak dapat nak beli produk tu.

Di samping tu, team juga boleh pinjamkan bahu untuk kita mengadu masalah. Bercerita apa yang kita hadapi. Kadang nasihat yang team bagi tu simple je, tapi sangat membantu. Akhirnya, kita boleh kembali fokus pada bisnes sebab masalah tu dah pergi dibawa angin lalu. Macam Cik Yam, kalau ada masalah yang susah nak luah, Cik Yam akan tanya pada leader. Selalunya tanya dalam telegram. Ala saje nak memanja. Bagus kan ada team?

 

2) BISNES LEBIH CEPAT BERKEMBANG

Satu lagi sebab kenapa kita tak boleh buat bisnes sorang-sorang adalah bisnes itu susah nak berkembang. Cik Yam tak ambil contoh jauh. Misalnya suami Cik Yam sendiri. Dia dah berniaga burger lama dah. Sejak bujang kot dia bisnes burger tu. Burger dia dapat sambutan ramai tapi masih ditakuk lama. Kenapa? Sebab dia bisnes sorang-sorang. Cuba kalau dari dulu dia dah cuba kembangkan. Bukak cawangan. Mesti Burger Abam Sado tu dah merata-rata ada pelanggan bukan setakat di Shah Alam je. Kan?

Di sini Cik Yam nampak apa yang Ellsee cuba bawakan. Ellsee sarankan setiap team supaya ada team sendiri. Bina team dan buat bisnes bersama-sama. Setiap orang cuba kongsi pendapat dan bertindak ikut apa yang diajar.

Bina Team adalah salah satu modul yang Ellsee Academy ajarkan kepada setiap ahli. Ini kerana seseorang yang ingin cepat maju dalam bisnes perlu tahu cara untuk mengembangkan bisnes melalui cara membina team. Itulah sebabnya kita tak boleh buat bisnes sorang-sorang. Mereka yang membina team ni dipanggil leader dan setiap leader akan ajar ahlinya menjadi seorang leader juga. Sama-sama berjaya dan sama-sama mengembang bisnes. Syok kan? Kita buat sama-sama so takde istilah stuck di takuk lama.

3) ELAK PENAT DAN HILANG MOTIVASI

Perkara seterusnya kenapa kita kena elak buat bisnes sorang-sorang adalah untuk elak kita rasa penat dan hilang motivasi. Kita penat bila buat bisnes sorang-sorang. Kita nak kena fikir cara nak promote, kita jugak fikir cara nak brandingkan produk, kita jugaklah fikir cara nak buat sistem. Ya Allah, larat ke? Jadi apa kata kita serah benda-benda tu pada orang lain dan kita buat kerja kita iaitu bina team dan menjual produk untuk mendapatkan untung runcit lebih banyak kaching-kaching.

Apabila kita penat sebab semua benda kita nak buat, kita akan hilang motivasi. Ini kerana kita penat tapi hasilnya tak seberapa. Tak berbaloi kata orang tu. Sebab itulah kita kena ada team yang boleh bantu kita buat benda lain dan kita buat benda selebihnya untuk lebih maju dan berdaya saing.

Macam Cik Yam, dalam Ellsee segala perkara penting berkenaan branding diuruskan oleh team HQ. Cik Yam buat kerja Cik Yam bersama team untuk buat urusan dalam hal-ehwal bina team dan personal sale. Jadi segalanya lebih fokus dan resultnya lebih mantap. Best kan bila buat bisnes berjemaah ni. Kepala kita fikir hal yang lebih fokus pada kita untuk capai big why kita buat bisnes. Tak serabut dengan urusan lain yang sebenarnya orang lain boleh tolong fikirkan. Best ke best?

JOM JOIN TEAM CIKYAM ELLSEE RICH ANGELS

So, sesiapa yang nak join team Cik Yam, sangatlah Cik Yam alu-alukan. Sebab Cik Yam akan guide korang macam mana Leader Cik Yam guide Cik Yam selama ni. Kita buat sama-sama, turun padang dan capai BIG WHY yang kita nak capai dalam tahun ni. Korang mesti azam tahun 2019 kan? Jom buat bisnes sama-sama. Keluar daripada zon selesa.

 

PROMOSI JOIN TEAM ELLSEE JANUARI 2019

Ready? Klik sini untuk sembang dengan Cik Yam.

Artikel Berkaitan


Kongsikan Artikel Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.