5 Rahsia Awet Muda dari Minyak Marula khas buat Wanita Asia

Kongsikan Artikel Ini

Adakah anda tahu minyak Marula kini dikenali sebagai ramuan rahsia terbaik awet muda?

Minyak Marula 100% asli adalah semulajadi, dituai tanpa bantuan mesin dan melalui proses tekanan  tanpa haba dan kimia bagi menjamin kualiti organik bagi setiap minyak yang terhasil. Dengan itu, ia kaya dengan Antioksidan, Asid lemak seperti Omega 3 dan 9, Vitamin C dan E. Segala nutrisi sempurna yang diperlukan kulit.

Kulit wanita Asia umumnya lebih terdedah kepada sinar matahari. Banyak penelitian membuktikan kulit orang Asia lebih sensitif, berminyak dan cepat kering mendorong kepada masalah kulit seperti jeragat, bintik-bintik hitam, dan garis penuaan.

Waima minyak Marula lebih sinonim dilihat pada produk kecantikkan dan kesihatan antarabangsa. Antaranya sebagai pelembap kulit kering di musim sejuk dan rutin penjagaan kulit harian.

Kini minyak Marula semakin mendapat tempat dalam produk kecantikan dan kesihatan di Asia. Ia salah satu inovasi terkini yang dikatakan menandingi minyak Argan sebagai pelopor rawatan pelbagai masalah kulit.

Anda wanita Asia yang pentingkan kulit sihat? Jom lihat 5 Rahsia Awet Muda Minyak Marula khusus untuk anda.

  1. Merawat tanda awal penuaan

Antioksidan yang tinggi memperbaiki sel kulit yang kering, berkilauan dan bintik-bintik jeragat yang berpunca dari sinar matahari.

Bagi wanita berkulit matang, minyak Marula meningkatkan keupayaan semulajadi untuk menjana semula kolagen yang menjadi punca garis-garis halus dan kedutan disamping mengembalikan kelembutan awet muda bagi kulit.

  1. Benteng bagi alam sekitar tercemar

Minyak Marula  berfungsi siang dan malam untuk melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas alam sekitar.

Siang ia melindungi kulit cantik anda dari sinaran keras matahari, angin sejuk serta pencemaran bebas di udara. Malam ketika tidur, ia berfungsi memperbaharui sel kulit untuk dan memperbaiki kerosakan supaya anda bangun dengan kulit mulus setiap pagi.

  1. Sesuai untuk semua jenis kulit

Asid folik penting untuk kulit sihat dan cantik. Ini kerana ia bertindak sebagai penyerap aktif tanpa menyumbat pori kulit.

Khasiat semulajadi  minyak Marula tidak memberi kesan mudarat samada bagi kulit kering, berminyak sensitif dan normal setanding kadar serapannya. Malah, lelaki juga boleh menggunakannya bagi melembutkan kulit kasar kerana ia penghidrat kulit terbaik.

  1. Kulit makin licin tanpa cela

Oleh kerana daya serapan yang tinggi walaupun dikawasan kulit tebal, khasiat Marula mampu merawat sebarang iritasi kulit, kemerahan dan bengkak dari bawah lapisan kulit.

Tambahan pula, minyak Marula terbukti mengandungi lebih 60% anti-oksidan berbanding minyak Argan. Gabungan lengkap asid lemak tak-tepu dan Vitamin C tidak mampu lagi menolak hasil kulit licin sempurna.

Kulit dirawat dari lapisan dalam, siang dan malam bagi menampilan kulit anjal, bebas cela dan terlihat sihat awet muda.

  1. Atasi parut dan stretchmark

Selain hasil menawan bagi kulit wajah, ini bonus buat wanita hamil. Siapa sangka minyak Marula juga paling baik dimanfaatkan sebagai minyak urut semulajadi. Segala kebaikkan utamanya berfungsi memberi kelembapan pada kulit selain melegakan garis halus perut ibu akibat regangan kehamilan.

Aplikasi satu ke tiga titisan sudah mampu membantu merawat pigmentasi kulit akibat parut. Begitu juga dengan usapan sama pada bahagian perut seawal kehamilan. Dengan aplikasi konsisten  ia pasti berkesan. Cubalah !

Kenali Penulis : Nurshifa Diana

Artikel Berkaitan


Kongsikan Artikel Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.