Rawat Kulit Dengan Masker Pisang, Sempurnakan Dengan La Beauty

Kongsikan Artikel Ini

Hari ni Cik Yam bertugas kat Petaling Jaya sebab ada majlis pelancaran skincare iFlawless.

Cik Yam bersembang dengan si cantik manis bernama Nina yang juga pengasasnya. Tengok kulit Nina yang cantik ni tak sangka dia ada kisah tragis di sebaliknya.

OK. Ni Cik Yam nak share pasal Nina yang kulit cantik. Nina ni dulu kulit dia teruk sebab pakai skincare yang rupa-rupanya ada merkuri.

Masa dia mengandung, dia stop pakai produk tu sebab bimbang ada kesan buruk merkuri tu pada baby dalam perut.

Bila stop, tu yang kulit dia jadi makin teruk. Jadi dia buat keputusan untuk buat masker sendiri untuk rawat kulit dia yang dah terjejas.

Pilihan Nina ialah masker pisang sebab pisang ni ada potasium. Khasiatnya kulit jadi lebih lembap dan sihat.

Nak tahu macam mana Nina buat masker pisang? Nah, Cik Yam share kat bawah ni.

Bahan-Bahan

1 biji pisang
2 sudu besar yogurt
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
sedikit serum

Cara membuat

1) Lumatkan pisang sehingga betul-betul lembut.
2) Masukkan yogurt dan serbuk kayu manis.
3) Masukkan serum dan kacau sehingga sebati.
4) Ratakan pada seluruh wajah.
5) Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.
6) Lap kering wajah anda menggunakan tuala bersih.

Cik Yam share jugak tip yang Nina bagi kalau nak masker pisang tu lebih berkesan bila korang pakai.

1) Seminggu sekali je pakai masker.
2) Lebih best pakai masker ni waktu malam sebab time tu kulit wajah dalam mood rehat.
3) Jangan biar masker tu kering baru nak bilas. Biarkan 10 minit je lepas tu bilas. Kalau kering sangat nanti efek kulit pun jadi kering.
4) Kalau kulit anda berjerawat, jangan letak banyak sangat serbuk kayu manis. Kang sakit kat tempat jerawat tu. Letak sikit je dah cukup. Kurang dari 1/2 sudu kecil pun tak apa.

Masker pisang ni sangat bagus untuk orang yang kulitnya kering sebab kulit akan menjadi lembap dan lembut.

So, boleh bayangkan tak. Kulit dah cantik, lepas tu pakai pulak La Beauty 5 in 1 Glam Foundation. Perghhhh mesti kesan dia terbaik gitu kan.

Ni nak bagitahu. Promo Beauty In Your Pocket masih berlangsung tau sampai 30 September ni.

Beli bedak dapat free beg mekap travel + perfume dari Dubai. Free postage. Wow!

Nak dapatkan La Beauty promo ni? Klik sini Angels Cik Yam


Kongsikan Artikel Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.