Stress Masa Berpantang – Wanita Ini Dedahkan Tips Elak Stress Paling Berkesan

Kongsikan Artikel Ini

Sejak kebelakangan ni, pelbagai kisah ngeri ibu yang menghadapi Post Partum Depression (PPD) atau orang kita panggil meroyan, dikisahkan di dada-dada akhbar. Subhanallah, tak tergamak rasanya membaca kisah ibu mengelar anak, ibu mencampak anak dari tingkat dua. Stress masa berpantang bukan perkara main-main.

Jom baca kisah dari FB Puan Syahida Ariffin ini berkenaan tips elak stress masa berpantang paling berkesan.

” Allah telah bantu saya asbab Solawat pada Rasulullah.”

“Tengahari tadi, ada seorang yang saya sudah anggap dia sebagai kakak bertanya pada saya. Apa yang perlu dia lakukan saat dia sedang berpantang. Bagaimana dia mahu kuatkan hati, tingkatkan kesabaran hati dan menjaga emosi sebaiknya?

Dia mengadu, dalam tempoh berpantang ni, asyik saja ingin memarahi anaknya yang sulung.

Ada saja yang buatkan dia “geram” dengan anaknya. Dia sedar tapi tak tahu apa yang perlu buat tambah lagi masa berpantang solat tak boleh, baca quran pun tak boleh.

Sejujurnya, saya tak pernah merasai pengalaman keletihan berpantang, mengendalikan bisikan-bisikan serta bagaimana keletihan emosi menghadapi anak yang baru bersalin ditambah pula dengan karenah anak yang lain. Namun sebagai wanita, saya faham akan perasaan itu.

Tak ada yang saya boleh berikan tips kerana tak pernah merasai pengalaman itu, namun teringat saya pesan Guru, saat jiwamu lemah, BERSOLAWATLAH. Maka saya hanya kongsikan padanya, banyakkan bersolawat.

Niatkan keberkatan cahaya solawat itu buat anakanda dan kekuatan untuk diri sendiri.

Indahnya, malam ini beliau “text” saya. Katanya, “Allah bantu saya ustazah. Anak saya baik sangat hari ni. Jatuh kasih pula saya pada dia. Tak ada perkara yang buatkan saya perlu marah padanya. Saya hadiahkan bacaan solawat untuk Baginda dan juga anak saya itu. Sayunya hati saya”.

Duhai wanita, kuatkan hatimu dengan Solawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Ambil masa seketika bersama Rasulullah SAW. Biar Rasullah SAW merawat letihmu.”

..

Subhanallah, berkat Selawat yang diamalkan, menjadi peneman diri ketika badan dalam keadaan letih, tak sihat dan tak suci, Allah memberi ketenangan dan kekuatan kepada hatinya. Mudah, bukan?

Baca juga : Kriteria Pengasuh Idaman

Ibu, jangan biarkan bisikan mengganggu ketenangan dirimu. Perbanyakkan selawat, hatimu akan tenang. Baca selawat di bawah ini

Ditulis oleh Kak Ngah Muna

 

Artikel Berkaitan


Kongsikan Artikel Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.