Tongue Tie pada Bayi. Mengapa dan Bagaimana?

Kongsikan Artikel Ini

Pernahkah ibu alami masalah puting payudara melecet sewaktu anak menyusu? Anak kerap menangis semasa menyusu seolah-olah tak dapat ‘latching’ dengan baik? Pernah tak lihat keadaan lidah anak anda? Kemungkinan si kecil ada masalah tongue tie. Hari ni Ellsee Angels nak kongsi dengan ibu-ibu tentang Tongue Tie pada bayi.

Apa itu Tongue Tie?

Tongue-tie, atau dalam istilah perubatan disebut sebagai ankyloglossia, adalah satu keadaan di mana lidah dan bahagian lantai mulut melekat.

Masalah membran di bahagian bawah lidah melekat pada lantai mulut dan menyebabkan pergerakkan lidah terhad atau terikat. Hujung lidah bayi tidak dapat diangkat sehingga menyentuh lelangit, dan tidak dapat digerakkan ke kanan atau ke kiri.

 

Apakah PUNCA utama berlakunya Tongue Tie?

Pakar mempercayai tongue tie ini berlaku daripada masalah genetik. Ini adalah keadaan kongenital, iaitu keadaan yang wujud sejak bayi lahir.

Apakah kemungkinan berlaku Tongue Tie pada bayi ini?

Menurut kajian, kira-kira 5% bayi baru lahir akan mempunyai Tongue Tie dan kebanyakannya adalah bayi lelaki berbanding bayi perempuan.

Apakah KESAN Tongue Tie ini pada anak saya?

  • Masalah pada permulaan penyusuan. Bayi akan mengalami masalah pelekapan (latching) semasa menyusu. Ini akan menyebabkan ibu akan rasa sakit dan puting akan melecet atau luka.
  • Ia juga akan menyebabkan bayi melekap dengan lama semasa menyusu, namun tak dapat menyusu dengan puas. Ini yang kerap berlaku menyebabkan bayi kerap menangis walaupun sudah menyusu dengan lama.
  • Bayi itu bukan sahaja tidak akan dapat susu yang secukupnya, malah dia akan cepat letih dan tertidur sebelum kenyang sepenuhnya.
  • Berat bayi juga akan lambat meningkat, kemungkinan berat bayi statik atau semakin menurun. Ini disebabkan bayi tidak dapat susu yang secukupnya.
  • Jika kes bayi itu sangat teruk dan tidak dirawat dengan cepat, masalah tongue tie boleh menjejaskan pertuturan, serta cara bayi itu makan dan menelan.
  • Ia juga akan memberi kesan kepada pertumbuhan gigi serta pertumbuhan dan perkembangan bahagian wajah dan rahang bayi tersebut.

Apakah kesannya kepada ibu?

Gejala-gejala yang dialami oleh ibu apabila anak mempunyai tongue tie dan lip tie, semuanya berkaitan dengan penyusuan:

  • luka pada puting ibu
  • mastitis
  • salur susu yang tersekat
  • bekalan susu rendah
  • Semua ini boleh menyebabkan ibu berasa kecewa dan berhenti menyusu dengan lebih awal.

Bagaimana untuk tahu sama ada anak saya ada Tongue Tie atau tidak?

Pada saat kelahiran, kemungkinan ada doktor yang akan membuat pemeriksaan dalam mulut bayi, dan kemungkinan juga tiada pemeriksaan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja ibu mula menyusu dan merasakan berlaku kesulitan atau masalah, terus berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.

Tongue tie pada bayi kebiasaannya ada 3 jenis. NORMAL, SEDERHANA, TERUK. (Rujuk gambar)

Dan, biasanya ibu bapa boleh mengetahui keadaan lidah anak terutama bila mereka menangis. Jika ibu merasakan sesuatu yang pelik dengan lidah anak, terus berjumpa pakar kanak-kanak untuk mendapatkan pengesahan.

Jadi, apa penyelesaian untuk masalah Tongue Tie ini?

Selepas mendapat pengesahan pakar kanak-kanak dan ENT (Ear, Nose, Throat), jika Tongue Tie anak anda adalah teruk, kemungkinan doktor akan melakukan pembedahan kecil atau disebut Frenotomy.

 

Rujukan : MomJunction, Mayo Clinic


Kongsikan Artikel Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.